31.1.12

tak keruan?



'lepas stpm, nak sambung mane?' soalan yang dapat menjatuhkan semangat aku dengan serta merta. Aku memang tatau. Sebab aku ta pernah yakin dengan keputusan yang bakal aku terima. Aku menjadi tak keruan. Jujur, peperiksaan yang aku dah hadapi tu merupakan yang paling teruk aku pernah buat. Aku tak pernah rase seteruk itu. Setiap soalan2 n kertas yang aku amek, aku jawab ngan teruk.. Orang kate dulu, jangan ambik sains kalau ta mampu, ambikla bidang lain, senang nak score.. Aku ta rase bidang lain tu lagi senang dari bidang yang aku amek, cume, stiap orang ade keistimewaan masing2. Aku sememangnye yakin aku boleh bwak bidang nie, dengan keputusan2 peperiksaan sebelum ni, aku rase aku boleh jawab peperiksaan STPM dengan hati yang tenang. Aku cube sedaya upaya untuk berubah. Aku menjadi lebih rajin, aku ingin menebus kesalahan yang aku buat dahulu....


Tapi, aku tatau mana salah silapnyer, aku gagal mengawal emosi. (sila jangan salah sangka). Rase tak kena je sepanjang periksa tuh. Macam aku telah dibawa ke dunia yang gelap. Aku takle study, kalo study tak pernah fokus, macammana perasaan tu? One word.. KOSONG . Time tu jugakla aku merasa kekosongan dalam diri. Semangat aku hilang, aku takde semangat nak ambil peperiksaan itu. Semua buku yang aku baca, semua tak masuk kepala, walaupun sebelum ni, aku takde masalah ngan certain2 soalan yang aku buat, tapi bila aku cuba nak jawab satu soalan tu, aku langsung tak tahu camne nak jawab.

Mase tu, aku dah WARN diri, kate 'ADHA, KAU JANGAN WAT HAL, NI BUKANNYA PEPERIKSAAN BIASA, NI STPM!'... tapi tetap tak boleh..


Benda ni jadi worst bila, aku nak jawab periksa, aku BLANK!! Kalau waktu aku jawab periksa dulu, cam ujian ke, mid year, ke, at least, ade la numbers of questions yang aku boleh jawab ngan yakin, walaupun aku skip satu dua soalan.. (esei)... tapi waktu STPM, tangan aku bergetar, sebab aku flip kertas itu banyak kali, tapi satu soalan pown aku ta berani nak jawab...


Sememangnyer, bende ni menjawab persoalan kenapa aku ta berani nak jawab pertanyaan orang mengenai masa hadapan aku. I do not know what the future hold, sebab aku sendiri tak pernah yakin, ade satu saat tu, bile aku abes jer satu paper, aku menangis sepuasnyer, bersendirian, orang nangis pasal boyfriend/girlfriend, *sorryla* aku menangis memikirkan nasib diri, aku pasti akan mengecewakan ibubapa aku. Dulu, aku ambik Form 6 sebab aku taknak membebankan ibubapa aku.. itu sebenarnye sebab BESAR kenapa aku nak ambik STPM. Orang kate aku salah buat pengiraan, even orang yang terdekat ngan aku, n hanya a few jea yang sokong ngan keputusan yang aku buat....

So, bila orang tanye, 'lepas STPM, nak sambung mana?' aku hanya mampu jawab, 'tengok result, takut salah buat keputusan' sambil memberikan senyuman palsu. Hati ini bergoncang tiap kali soalan itu diajukan, bila aku cerita keadaan (STPM) aku mase tu, ade yang membuat muke terkejut, or mostlykecewa.. (tapi aku ta berani nak cerita kat sedare mare, and especially my parents) and ade gak yang cakap, 'takpela, benda da jadi, takleh nak wat pape.. ' aku lebih rela orang cakap camgitu daripada buat muke... serius.

Bila sedara2 aku, cam pakcik or makcik, tanya aku soklan gitu, mereka selitkan cerita kejayaan anak2 mereka.. benda tu lagi buatkan aku rase diri aku ni kecik sangat...

Part yang menyedihkan apabila, tengok kawan2 sekeliling, yang bole score, and progress, aku pulak makin teruk...

Aku terima ngan apa yang dah berlaku. Sebab, aku percaya apa yang berlaku ada hikmahnyer. Aku cuba melupakan apa yang dah berlaku, meaning hadapi hidup seperti biasa, aku pernah terfikir, MENYESALKAH AKU? sebab mungkin aku tak studi betol2, tapi, aku rase, aku dah buat yang terbaik...

Aku pasrah mungkin? tapi tak redha, sebab, aku, sudah pown menjalankan hidup aku ngan tiada penyesalan, aku taknak ingat lagi ngan kejadian tuh, tapi bila orang bangkitkan soalan2 tu, aku terus kembali down, perasaan menyesal itu mungkin timbul kembali.. tapi aku tak tahu, ape sebab yang aku patut menyesal.. kalau dulu, time SPM, aku memang boleh kate, ape yang berlaku, memang salah ku, sebab aku main2.. tapi keadaan berbeza bile aku amek STPM...


Aku post benda ni, bukan sebab aku nak menjatuhkan semangat orang n change people's view mengenai STPM, tapi, aku nak citer, apa yang terbuku dalam hati... sebab ,benda ni aku da lama simpan...

sebenarnya, aku just nak cakap, jangan bukak soalan cam, 'camne periksa? okay?' itu soalan yang paling taknak didengar oleh mostly orang2 yang baru jer amek periksa...


No comments:

Post a Comment