10.9.12

Universiti Malaysia Terengganu

seperti ramai yg dah maklum, aku dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu.

So here I am, now at Terengganu. Nak cecer sikit pasal perjalanan2 ke UMT and MJM. MJM? MJM itu sebenarnye shortform untuk Minggu Jalinan Mesra kat UMT ni. Minggu orientasi sebenarnye, but bagi name unikla sikit.

Perjalanan aku bermula pada hari Sabtu pagi lagi, sebab aku nak daftar esoknye, hari ahad bersamaan 2 Sept. Kitorg pinjam kereta pakcik aku memandangkan keadaan kereta Iswara kesayangan aku tu da cukup berusia, mmg ta larat nak bawak diri ke Terengganu yg mengambil masa 8 jam. apatah agi dengan kecanggihan teknologi terkini, iaitu kehadiran cik GPS. sebab kitowg ta pernah explore Terengganu agi, except at that time kitorg g Kemaman, kampung paksu baru aku.

Yang kelakarnye, sebab nak ikut GPS sangat, entah mane DIE bawak kitowg, sampai amek jalan2 shortcut kat kawasan kampung, jalan yang berbukit, berbelok, sampai adek aku da nek pening. Last2 amek keputusan untuk lalu Lebuhraya gak, kitowg straight jela sampai ke Kuantan. Ingatkan da sampai Kuantan, da pendekla perjalanan, rupe2nye, jauh agi. wow! Imagine, aku yg duduk Gombak Selangor, yg dekat2 ngan Pahang, da jauh, apatah agi yang duduk Johor tuh!
Sampai abg aku pernah cakap, "tu r ko, g mintak jauh2 apepasal". Actually, kira bersyukur agi dpt Terengganu, dari ta dapat langsung? anyway, sambung...

lepas 8-9 jam cemgituh, kitorang berjaya menapakkan diri kitorang ke Kuala Terengganu, carik homestay, punggah segala barang yg ade, kua gi makan. Berpandukan sistem GPS tu gak, kitowang gi cari UMT, sebabnye, esoknye waktu pendaftaran takyahla tercari2 nak ke UMT. Sesampainye ke UMT, ramai gak new students ngan family round2 kat situ. Dengan kebaikan and keramahan guard (atau polis kat situ, agak confuse disitu) mereka2 benarkan kitowang round2 kat situ. Tak lame after that, kitowang cari peluang untuk bertemu ngan pantai... and ended up kat Pantai Teluk Ketapang. Baru aku tahu, kebanyakan pantai2 kat situ, tak sesuai untuk melancong... So kitowang main2 air je kat situ....





No comments:

Post a Comment